Saksikanlah
KPR 3012 Seminar Refleksi Latihan Mengajar
Saturday, 23 April 2016
Monday, 18 April 2016
Video
Contoh pengurusan bilik darjah, sila rujuk
Contoh suasana bilik darjah, rujuk kepada
Sama-sama kita nyanyikan lagu "Terima kasih, Cikgu"
Contoh suasana bilik darjah, rujuk kepada
Sama-sama kita nyanyikan lagu "Terima kasih, Cikgu"
Monday, 28 March 2016
PENULISAN REFLEKSI PRATIKUM
Alamat : Sekolah
Menengah Kebangsaan Jalan Tasek, Jalan Sultan Azlan Shah (U), Taman Tasek
Indra, 31400, Ipoh, Perak.
Pengetua : Tuan Haji
Sabri b. Yahaya
Pen. Kanan 1 : En. Mansor b. Mohd
Amin
Pen. Kanan HEM :
Pn. Hjh Latipah bt Ahmad Sudan
Pen. Kanan Ko-kurikulum : En. Abd Rahman b. Ghazali
Guru Pembimbing :
Cik Jazarulhiza bt Jaafar
Visi :
Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera
Misi :
Melestarikan Sistem Pendidikan yang Berkualiti untuk Membangunkan Potensi
Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara
Motto :
Berdisiplin•Dinamik•Cemerlang
No.Tel :
05-5497606
No. Faks : 05-5450058
Emel :
vleadmin.aea2051@yes.my
1.0
PENGENALAN
1.1 Pendahuluan
Pedagogi dimaksudkan sebagai salah satu bidang ilmu
pendidikan yang berkaitan dengan kajian secara saintifik atas prinsip-prinsip
dan kaedah-kaedah mengajar, merangkumi proses pengajaran yang berkesan. Konsep
kurikulum pula dimaksudkan sebagai semua pelajaran yang dirancangkan dan
dibimbing oleh sekolah, sama ada dilaksanakan secara individu atau berkumpulan,
baik di dalam ataupun di luar sekolah (Kerr J.K, 1968). Kurikulum juga dikenali
sebagai segala rancangan yang dikendalikan oleh sesebuah sekolah ataupun
sesbuah institusi pelajaran untuk mencapai matlamat pendidikan. Jenis-jenis
kurikulum terdiri daripada kurikulum rasmi, kurikulum formal, kurikulum tidak
formal, dan kurikulum pengalaman.
Refleksi ialah aktiviti
mengkaji semula proses keberkesanan pengajaran yang telah dilakukan melalui
renungan dengan tujuan mempertingkatkan kemahiran guru. Refleksi akan bermula
dengan bisikan hati dan nyata rasa. Refleksi kendiri menitikberatkan penerokaan
‘domain affective’ (emosional mind) spiritual dan pemikiran seseorang dalam
tindakannya mencari kebenaran terhadap ilmu yang dipelajari. Melalui refleksi,
kita boleh mengetahui kelemahan dan kekuatan semasa pengajaran dan
pembelajaran. Oleh itu, refleksi perlu ditulis di bahagian penutup rancangan
pengajaran harian dalam buku persediaan mengajar selepas PdP dijalankan.
Dalam penulisan refleksi, kita menyatakan dan
memikirkan semula keseluruhan pengajaran yang telah dilakukan, memastikan
objektif pembelajaran telah capai, menilai kualiti pengajaran dan pembelajaran,
dan sebagainya. Sekiranya terdapat penambaikan dalam pengajaran dan
pembelajaran, guru perlulah merancang semula dan mengambil langkah yang sesuai
untuk membaiki serta meningkatkan mutu PdP.
1.2 Latar Belakang
Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Tasek (SMKJT),
Ipoh, Perak terletak di daerah Kinta Utara, Ipoh, Perak. Saya telah menjalani
latihan mengajar selama 16 minggu bermula pada 6 Julai 2015 hingga 30 Oktober
2015 di sekolah ini. SMKJT merupakan sekolah bandar yang mempunyai kedudukan
yang strategik dan berdekatan dengan pusat beli-belah. Selain itu, SMKJT juga
berdekatan dengan SMK Bercham, SJK(C) Bercham, dan SMK Tasek Timur.
SMKJT
dibina untuk menampung keperluan penduduk sekitar kawasan Bercham dan
mengurangkan kepenuhan pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Putera dan
Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Intan. Pada tahun 1995, memandangkan Lebuh
Raya Utara Selatan dan pusat membeli-belah seperti Jusco dan Tesco dibina,
projek pembinaan sekolah ini terpaksa dipercepat. Perkembangan pesat ini
memerlukan sekolah baharu untuk memudahkan para pelajar di kawasan sekitar
Bercham berulang-alik ke sekolah yang dinyatakan kerana jarak yang agak jauh.
SMKJT telah ditubuhkan pada 1 Disember 1995, dan sekarang mempunyai 123 orang
guru, 15 orang staf sokongan dan 1458 orang pelajar.
Pada
6 Julai 2015, saya telah melapor diri di SMK Jalan Tasek dengan Penolong Kanan
Pentadbiran, Pn. Hjh Latipah bt Ahmad Sudan.
Saya sempat menyaksikan perhimpunan pagi yang dijalankan setiap hari. Selepas
melapor diri, taklimat mengenai SMKJT dan pengaturan jadual waktu pada pukul 8
pagi. Saya telah menerima jadual waktu dan mengajar sesi petang iaitu tingkatan
2. Saya terpaksa menunggu sehingga tengah hari untuk berjumpa dengan guru
pembimbing saya untuk mengalihkan tugasan kepada saya.
Pada
7 Julai 2015, saya pun memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran yang pertama.
Saya telah mengetahui bahawa pelajar SMKJT tidak senakal seperti jangkaan saya.
Saya berharap saya dapat menjalankan latihan mengajar dengan lancar dan
menarik.
Selama 4 bulan saya berada di SMKJT, saya telah
melalui pelbagai pengalaman dan pengajaran baharu sebagai seorang guru
praktikum. Saya telah mencatat refleksi ringkas setiap kali selepas pengajaran
dan pembelajaran dijalankan. Hal ini telah membolehkan saya menilai semula
pengajaran dan pembelajaran yang telah dijalankan. Di samping itu, penyeliaan
pensyarah dan guru pembimbing telah membetulkan kesalahan saya semasa
menjalankan aktiviti PdP. Tunjuk ajar dan nasihat yang diberi telah menjadikan
saya lebih prihatin dan menambahbaikkan kelemahan atau kesalahan yang
dilakukan. Berikut merupakan isu atau masalah yang dikenal pasti berlaku
sepanjang masa praktikum.
2.0
REFLEKSI PRATIKUM
2.1 Bahagian 1 : Masalah
Berikut ialah lima masalah yang telah dikenal pasti
selepas penelitian borang penyeliaan yang dinilai oleh penyelia dan guru
pembimbing.
2.1.1
Penggunaan Bahasa
Penyeliaan yang pertama telah dijalankan pada 4
Ogos 2015 dan diselia oleh guru pembimbing saya, Cik Jazarulhiza binti Jaafar.
Penyeliaan ini telah dijalankan selepas waktu rehat, dan tingkatan yang diselia
ialah tingkatan 2Amanah, tingkatan 2 yang hujung. Sesi PdP bermula dengan set
induksi, selepas itu saya menampalkan bahan bantu mengajar (BBM) di papan putih
dan menerangkan definisi kat hubung. Seterusnya, saya meminta murid
mengkategorikan jenis-jenis kata hubung dengan BBM yang telah saya sediakan.
Segala sesi pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar. Semasa sesi
perbincangan dengan guru pembimbing, Cik Jazarulhiza menyedarkan saya bahawa
saya mempunyai masalah dalam sebutan Bahasa Melayu, terutamanya sebutan huruf
‘l’dan ‘r’. Selain itu, saya telah menggunakan Bahasa Cina untuk membuat
penerangan terhadap murid. Walaupun penyampaian dan komunikasi jelas, tetapi
suara saya tidak cukup jelas. Hal ini membuktikan bahawa sebagai seorang guru
Bahasa Melayu haruslah memberikan contoh penggunaan bahasa yang baik.
2.1.2
Pengurusan Bilik Darjah
Penyelian yang pertama seperti yang telah
dinyatakan di atas, Cik Jazarulhiza, guru pembimbing saya telah menyelia PdP
saya. Waktu ini ialah kelas selepas waktu rehat, semua murid masih dalam
keadaan rehat dan malas. Semasa PdP dijalankan, murid agak aktif dalam
melakukan aktiviti. Dalam perbincangan dengan guru pembimbing selepas PdP
dijalankan, guru pembimbing juga memberitahu saya bahawa pengurusan bilik
darjah perlu ditingkatkan terutamanya mengawal pelajar yang membuat bising.
Walaupun pelajar sudi melaksanakan tugasan yang diberi tetapi mereka tidak
dapat melakukan tugasan dengan senyap. Hal ini telah jelas bahawa guru perlu
lebih tegas dalam pengawalan pelajar.
2.1.3
Bahan Bantu Mengajar
Dalam penyeliaan pertama yang dilakukan oleh guru
pembimbing saya, Cik Jazarulhiza. Saya telah menyediakan bahan bantu mengajar
untuk menarik perhatian murid. Saya telah mencetak kata hubung seperti ‘dan’,
‘atau’, ‘untuk’, dan sebagainya dalam kad manila. Saya berharap PdP akan
berjalan dengan lancar dan murid akan tertarik dengan BBM yang disediakan.
Semasa perbincangan dengan guru pembimbing, Cik Jazarulhiza menyedarkan saya
bahawa BBM yang saya sediakan tidak jelas, serta pelajar di bahagian belakang
tidak nampak. Selain itu, BBM saya juga gagal menarik fokus pelajar, pelajar
masih dalam keadaan yang tidak bersedia. Walaupun BBM yang disediakan adalah berwarna-warni
tetapi saiz perkataan tidak cukup besar dan menyebabkan pelajar yang duduk di
belakang kelas tidak dapat membaca perkataan dengan jelas.
2.1.4
Pengurusan Masa
Penyeliaan yang ketiga telah dijalankan pada 30
September 2015 dan diselia oleh guru pembimbing saya, Cik Jazarulhiza binti
Jaafar. Penyeliaan ini telah dijalankan pada waktu ketiga, iaitu pada pukul
2.20 petang hingga 3.30 petang. Tingkatan 2B telah diselia dan tingkatan 2B
ialah tingakatan 2 yang depan. Saya telah mengajar karangan tentang ‘Perayaan
di Malaysia’. Saya telah menyediakan video sebagai set induksi untuk menarik
perhatian pelajar. Selepas menerangkan tajuk karangan, saya meminta murid
menyatakan isi-isi penting yang sesuai dengan tajuk yang diberi. Kemudian, saya
meminta murid menulis karangan dalam masa 30 minit. Saya pula memantau dan
membimbing pelajar supaya mereka dapat menulis karangan dengan sebaik mungkin.
Sebelum bunyi loceng berbunyi, saya terpandang ke jam dan mendapati saya
tinggal 2 minit sahaja untuk membuat penutup. Guru pembimbing saya juga meminta
saya membuat penutup yang terakhir, tetapi masih tiada masa yang mencukupi
untuk menyiapkan penutup saya. Hal ini telah membuktikan bahawa walaupun PdP
dirancang dengan sempurna dan berjalan dengan lancar, tetapi tidak menetapi
masa akan menyebabkan ketinggalan aktiviti yang patut diselesaikan.
2.1.5 Guru
Peyeliaan pertama yang dijalankan pada 4 Ogos 2015,
dan diselia oleh guru pembimbing saya, Cik Jazarulhiza. Tingkatan 2A diselia
dan kelas ini kelas yang paling nakal dan suka bercakap. Dalam PdP, segala
bermula dengan lancar, pelajar juga sudi menyelesaikan tugasan yang diberi.
Selepas penerangan tentang kata hubung, saya meminta menyiapkan latihan yang
diberi. Semasa perbincangan jawapan, say juga berusaha memastikan semua pelajar
mendapat jawapan yang betul. Akhirnya, kelas ditamatkan dengan sempurna. Cik
Jazarulhiza telah memberi komen bahawa saya tidak memastikan pelajar telah
bersedia untuk belajar. Semasa perbincangan jawapan, saya tidak melibatkan
semua pelajar dan tidak memastikan pelajar dalam keadaan yang bersedia. Selain itu, saya juga memulakan PdP apabila
pelajar dalam keadaan yang tidak bersedia. Hal ini menyebabkan murid tidak
memberi perhatian semasa PdP dijalankan.
2.2 Bahagian 2 : Punca
2.2.1
Guru tidak menguasai sebutan Bahasa Melayu
Penggunaan bahasa yang jelas dan tepat sangat
penting bagi seorang guru. Masalah penggunaan bahasa berlaku kerana saya masih
tidak menguasai sebutan Bahasa Melayu. Saya tidak selalu praktis diri untuk
bercakap dalam Bahasa Melayu supaya sebutan lebih tepat dan jelas. Tambahan
pula, saya berbangsa Cina dan menggunakan Bahasa Madarin sebagai bahasa
pengantar. Saya tidak membiasakan diri dalam penggunaan Bahasa Melayu. Selain
itu, saya telah menggunakan Bahasa Cina untuk menerangkan maksud kepada pelajar
yang bukan Melayu. Hal ini kerana pelajar tingkatan 2A tidak menguasai Bahasa
Melayu sama ada membaca, mendengar, dan menulis. Saya terpaksa menggunakan
Bahasa Cina untuk berkomunikasi dengan mereka supaya mereka boleh memahami PdP
yang dijalankan dan tidak ketinggalan pelajaran. Kadang-kala, pelajar langsung
tidak dapat meneruskan latihan yang diberi kerana tidak mengetahui arahan
latihan.
2.2.2
Guru tidak mahir mengawal pelajar.
Pengurusan bilik darjah ialah proses yang memerlukan
guru mengurus bilik darjah agar aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang
berkesan dapat dijalankan. Pengurusan bilik darjah yang berkesan melibatkan
ciri-ciri seorang guru, iklim bilik darjah dan kaitan antara pengurusan dan
pengajaran (Khalid Ismail, Ibrahim Tamby Chek dan Baharudin Omar, 2005: 2).
Faktor pertama pengurusan bilik darjah berlaku biasanya disebabkan tingkah laku
pelajar yang bermasalah seperti nakal dan suka bercakap. Mereka boleh bercakap
dari saat sampai ke sekolah sehingga saat keluar dari sekolah. Perbualan mereka
tidak semestinya mengenai perkara yang sedang dipelajari. Faktor kedua ialah
saya masih tidak cukup tegas terhadap mereka, mereka baru berani membuat
perangai di depan saya. Saya gagal mengawal mereka supaya mereka tidak bercakap
dan mendengar PdP yanhg dijalankan.
2.2.3
Guru menghasilkan BBM yang tidak sesuai untuk PdP
Bahan bantu mengajar merupakan bahan mestian
digunakan dalam PdP, guru menyediakan BBM biasanya untuk menarik perhatian dan
fokus pelajar. Kekurangan pengalaman untuk menghasilkan BBM juga menyebabkan
BBM tidak membawa kesan yang positif. Faktor pertama BBM gagal digunakan ialah
saiz perkataan terlalu kecil, menyebabkan pelajar bahagian belakang tidak dapat
membaca. Saya perlulah meneliti perkara ini dulu sebelum mencetak BBM yang
berkenaan. Faktor kedua ialah warna kertas yang digunakan, bukan semua warna
sesuai digunakan. Contohnya, warna yang gelap seperti biru tua akan menyebabkan
perkataan yang ditulis atau ditampal atasnya agak sukar dibaca.
2.2.4
Guru tidak mengikut masa yang dijangka
Pengurusan masa yang baik boleh memastikan PdP
berjalan dengan lancar. Penggunaan masa dan perancangan masa dengan berkesan
penting untuk mencapai matlamat pengurusan bilik darjah (Haliza Hamzah, dan Joy
Nesamalar Samuel, 2009: 204). Disebabkan saya tidak memerhati masa dari semasa
ke semasa, saya terlepas masa untuk membuat penutup. Bahagian penutup PdP hanya
sempat sedikit sahaja semasa penyeliaan ketiga. Hal ini berlaku kerana saya
tengah sibuk memantau dan membimbing murid semasa menulis karangan. Saya ingat
bahawa saya sempat membuat penutup dengan lancar sebelum loceng berbunyi,
tetapi saya gagal menyelesaikannya. Kadang-kala, bukan semua perkara akan
berjalan seperti yang dirancang, pelajar juga memerlukan masa untuk memahami
pembelajaran yang baharu dulu, kemudian mereka baru boleh meneruskan latihan
yang diberi. Selain itu, saya juga perlu menerangkan teknik penulisan semula
untuk mengimbas kembali ingatan pelajar. Hal ini membuktikan bahawa walaupun
tidak dapat menepati masa yang dijangka, tetapi mesti sentiasa memerhati masa
dan cuba masuk fasa yang seterusnya.
2.2.5
Guru tidak memastikan pelajar dalam keadaan bersedia
Masalah guru ini sangat umum dan boleh merangkumi
banyak bahagian. Saya telah mengenal pasti bahawa saya tidak memastikan pelajar
bersedia untuk belajar dan terus masuk PdP. Hal ini telah menyebabkan pelajar
tidak prihatin dan fokus terhadap PdP yang dijalankan. Faktor pertama saya
gagal memastikan pelajar berada dalam keadaan bersedia ialah pelajar tidak
berhenti bercakap. Walaupun saya meminta mereka jangan bercakap dan mendengar
kawan-kawan lain membaca, mereka akan senyap satu atau 2 minit dan teruskan
percakapan. Faktor kedua ialah saya tidak memantau setiap murid sudah
menyiapkan latihan yangdiberi dan bersedia untuk perbincangan jawapan. Apabila
murid belum menyiapkan latihan, mereka akan meneruskan latihan mereka dan tidak
mendengar jawapan yang dibincang. Kadang-kala, mereka akan bertanya-tanya
jawapan soalan yang lain atau ketinggalan jawapan untuk soalan yang sebelumnya.
Hal ini perlu dititikberatkan supaya pelajar betul-betul mengikut PdP yang
dijalankan.
2.3 Bahagian 3 : Penambahbaikan
2.3.1 Guru menguasai sebutan Bahasa Melayu yang
tepat
Saya perlu berusaha untuk membaiki dan membetulkan
sebutan Bahasa Melayu saya. Hal ini hanya boleh bergantung kepada diri sendiri
sahaja. Sebelum PdP, saya perlu melatih diri membaca bahan-bahan yang perlu
ajar. Semasa PdP, sekiranya saya mendapati pelajar tidak faham perkataan yang
saya sebutkan, saya akan mengulang sekali sambil menulis perkataan tersebut di
papan putih. Selain itu, suara saya yang tidak jelas, saya akan meninggikan
suara saya supaya pelajar bahagian belakang dapat dengar. Bagi faktor pelajar
bukan Melayu yang tidak menguasai Bahasa Melayu, saya akan cuba menerangkan
dalam Bahasa Melayu yang mudah difahami untuk meningkatkan kemahiran mendengar
pelajar.
2.3.2
Guru menyemak semula cara pengajaran untuk mengawal pelajar
Bukan semua strategi sesuai digunakan pada kelas
yang berbeza. Saya haruslah menyemak semula cara pengajaran, dan mengubah cara
pengajaran yang lebih sesuai dengan pelajar tingkatan 2A. Contohnya, sebelum
ini saya akan memberi kad ‘kata hubung’ kepada mereka untuk melekat di papan
putih. Hal ini telah menyebabkan mereka membuat bising semasa menunggu kawan
lain melekat. Bagi mengelakkan pelajar daripada membuat bising, saya akan
melekat siap-siap maklumat atau penerangan yang berkaitan dengan kata hubung di
papan putih. Saya akan meminta pelajar menyalin nota yang diberi, dan akan
menerangkannya selepas mereka selesai menyalin. Hal ini boleh mengelakkan murid
tiada peluang berbising, dan saya juga berpeluang memantau dan bergerak ke
belakang kelas. Oleh itu, saya perlu mengetahui dan mengenali pelajar sebelum
saya memilih strategi pengajaran yang sesuai untuk aktiviti PdP.
2.3.3
Guru membetulkan BBM dengan lebih berkualiti
Bahan bantu mengajar ialah bahan yang digunakan
dalam aktiviti PdP. BBM dapat memudahkan pelajar memahami perkara yang
diajarkan. BBM yang baik ialah BBM yang mudah, jelas difahami oleh pelajar. BBM
juga dapat membantu pelajar fokus dan memberi perhatian terhadap maksud yang
terdapat dalamnya. Saya haruslah
mengkaji dan meneliti saiz perkataan sebelum menyediakan bahan bantu mengajar.
Contohnya, saya akan mencetak satu sampel perkataan dan cuba lekat di dinding,
kemudian saya akan cuba membaca perkataan tersebut di jarak yang lebih jauh.
Selain itu, saya juga perlu mengenal pasti sumber dan bahan yang diperlukan
untuk menghasilkan BBM. Sebelum menghasilkan
BBM, saya juga perlu menyemak semula perancangan yang perlu dilakukan. Hal ini
dapat memastikan objektif PdP tercapai dan maklumat disampaikan dengan
berkesan.
2.3.4
Guru menghabiskan pengajaran dalam masa yang dijangka.
Pengurusan masa ialah satu kemampuan sesorang untuk
merancang dan mengawal penngunaan masa dengan cekap untuk mencapai matlamat
yang tertentu. Pengurusan masa dan perancangan masa dengan berkesan penting
untuk mencapai matlamat pengurusan bilik darjah. Pengurusan masa yang baik diperlukan
supaya murid dapat memproses maklumat yang telah dipelajari. Tambahan lagi,
pengurusan masa yang berkesan ialah menggunakan masa dengan sepenuhnya tanpa
membazirkan masa dengan melakukan aktiviti yang bermanfaat supaya matlamat
tercapai. Contohnya, saya menggunakan 30 minit membuat penerangan, dan memberi
20 minit untuk membuat latihan. Dalam 20 minit ini, pelajar dapat memproses
penerangan dan mengimbas kembali serta memproses ke ingatan jangka pendek.
Selain itu, saya juga perlu memerhati jam dinding di dalam kelas atau jam
tangan untuk mengelakkan diri daripada tidak sempat membuat penutup PdP atau
ketinggalan fasa-fasa pengajaran.
2.3.5
Guru memastikan pelajar bersedia
Dalam bilik darjah, guru memainkan peranan yang penting
untuk memastikan pelajar telah bersedia untuk belajar. Setiap aktiviti PdP
mempunyai peraturan, dan guru hanya memberikan kesedaran kepada pelajar supaya
mereka melibatkan diri dalam aktivit PdP. Sebelum memulakan aktiviti, guru
perlu menerangkan peraturan kepada pelajar supaya pelajar mengetahui
kepentingan melibatkan diri dalam aktiviti tersebut. Guru juga perlu prihatin
dengan masalah dan keperibadian pelajar. Penglibatan pelajar yang kurang
memuaskan boleh mengakibatkan peluang pembelajaran mereka terjejas. Mereka akan
ketinggalan dan tidak dapat mengikuti PdP.
2.4 Bahagian 4 : Perancangan Semula
2.4.1 Penggunaan Bahasa
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
Mata Pelajaran: Bahasa
Melayu
Tarikh : 7 September 2015
Hari : Isnin
Masa : 2.20 petang -3.30 petang
Tingkatan : 2 Bestari
Bil Pelajar : 32 orang
Tema : Penulisan
Tajuk : Karangan Jenis Peribahasa ‘Sebab
nila setitil, rosak susu sebelanga’
Bidang : Estetik
HASIL PEMBELAJARAN
|
HURAIAN HASIL
PEMBELAJARAN
|
HPU
12.0 Menghasilkan
penulisan kreatif dan bukan kreatif
HPK
12.3 Membina ayat topik
dan ayat huraian untuk membina perenggan yang kohesif.
|
ARAS 2 (i)
Mengolah ayat berdasarkan
isi penting untuk menghasilkan perenggan dialog dan cerita yang koheren.
|
Objektif : Pada akhir pembelajaran, pelajar dapat
1.
Memahami maksud peribahasa yang dipelajari dan
menggunakannya dengan betul.
2.
Menulis sebuah karangan jenis peribahasa dengan
menggunakan peribahasa yang telah dipelajari dengan tepat.
Penyerapan :
1. Ilmu :
Bahasa Melayu, Moral
2. Nilai :
baik hati, hormat-menghormati
3.
KBT :Kemahiran
berfikir, pembelajaran konstruktivisme
4.
KBKK :
Menyelesaikan masalah, mencungkil idea
Kemahiran Berbahasa
:
kemahiran menulis, mendengar
Pengetahuan / Kemahiran Sedia Ada :
Murid telah dipelajari teknik menulis karangan jenis peribahasa
Alat Bantu Mengajar :
1. Air kosong, air berwarna
:
2. Cawan
:
3. Papan putih
:
4. Maker pen
FASA PENGAJARAN
|
PERANCAH/AKTIVIT
|
ABM/NILAI
|
Induksi Set (10 minit)
Demonstrasi
|
|
ABM: cawan, air kosong,
air berwarna, papan putih.
KBT: kemahiran berfikir
NILAI: prihatin
|
Fasa 1: Pengenalan
(15 minit)
Peribahasa- sebab nila setitik, rosak susu sebelanga
Maksud- kejahatan yang sedikit, semua kebaikan menjadi rosak.
|
|
ABM: papan putih
NILAI: prihatin,
kerajinan
|
Fasa 2: Persembahan
(20 minit)
Contoh cerita-kesalahan seorang pelajar menagih dadah, nama sekolah,
keluarga, dan kawan tercemar.
|
|
ABM: papan putih
NILAI: kerajinan
|
Fasa 3: Latihan
(15 minit)
Soalan
|
|
ABM: papan putih
NILAI: kerajinan,
kerjasama.
|
Fasa 4: Penilaian
(5 minit)
|
|
ABM: papan putih
NILAI: keyakinan,
keberanian
|
Penutup
(5 minit)
-
Seekor kerbau membawa lumpur semuanya habis
terpalit
|
|
NILAI: semangat
kemasyarakatan, kesyukuran
|
2.4.2
Pengurusan Bilik Darjah
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
Mata Pelajaran: Bahasa
Melayu
Tarikh : 4 Ogos 2015
Hari : Selasa
Masa : 3.50 petang -4.25 petang (35
minit)
Tingkatan : 2 Amanah
Bil Pelajar : 32 orang
Tema : Tatabahasa - Morfologi
Tajuk : Kata Hubung
Bidang : Interpersonal
HASIL PEMBELAJARAN
|
HURAIAN HASIL
PEMBELAJARAN
|
HPU
4.0 Membuat pertimbangan
untuk mencapai keputusan
HPK
4.1 Mengesan kecondongan
pendapat dan menimbangkan pelbagai pilihan untuk menyelesaikan masalah dan
membuat keputusan.
|
ARAS 1 (i)
Mengesan dan mengemukakan
penggunaan kata, ungkapan dan ayat untuk mengenal pasti kecondongan pendapat.
|
Objektif : Pada akhir pembelajaran, pelajar dapat
1.
Membezakan jenis kata hubung dengan tepat
2.
Menulis ayat majmuk daripada ayat tunggal dengan
menggunakan kata hubung.
Penyerapan :
1.
Ilmu :
Bahasa Melayu
2.
Nilai :
rasional, kebebasan
3.
KBT :Kemahiran
berfikir, kemahiran belajar cara belajar
4.
KBKK :
Menyelesaikan masalah, mengenal pasti
Kemahiran Berbahasa
:
kemahiran menulis, membaca
Pengetahuan / Kemahiran Sedia Ada :
Murid pernah membuat latihan jenis ini, iaitu menulis ayat majmuk daripada ayat
tunggal.
Alat Bantu Mengajar :
1. Kertas latihan
:
2. Kad manila ‘kata hubung’
:
3. Papan putih
:
4. Maker pen
FASA PENGAJARAN
|
PERANCAH/AKTIVIT
|
ABM/NILAI
|
Induksi Set (3 minit)
Kata hubung
|
|
ABM: papan putih
NILAI: prihatin
|
Fasa 1: Pengenalan
(15 minit)
contoh kata hubung
1.
dan
2.
yang
3.
atau
4.
bahawa
5.
kerana
6.
untuk
|
|
ABM: papan putih
NILAI: prihatin,
kerajinan, kerjasama
|
Fasa 2: Perbincangan
(5 minit)
Kertas latihan
-
Menulis ayat majmuk daripada ayat tunggal dengan
kata hubung yang sesuai.
|
|
ABM: papan putih, kertas
latihan
NILAI: kerajinan
|
Fasa 3: Latihan
(10 minit)
Kertas latihan
Contoh soalan:
S: Dia tidak pergi sekolah.
Dia sakit.
J: Dia tidak pergi sekolah kerana sakit.
|
|
ABM: papan putih
NILAI: kerajinan,
kerjasama.
|
Penutup
(2 minit)
Selain kata hubung, apakah kata yang selalu anda
gunakan?
|
|
NILAI: prihatin
|
2.4.3 Bahan Bantu Mengajar
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
Mata Pelajaran: Bahasa
Melayu
Tarikh : 4 Ogos 2015
Hari : Selasa
Masa : 3.50 petang - 4.25 petang (35
minit)
Tingkatan : 2 Amanah
Bil Pelajar : 32 orang
Tema : Tatabahasa - Morfologi
Tajuk : Kata Hubung
Bidang : Interpersonal
HASIL PEMBELAJARAN
|
HURAIAN HASIL
PEMBELAJARAN
|
HPU
4.0 Membuat pertimbangan
untuk mencapai keputusan
HPK
4.1 Mengesan kecondongan
pendapat dan menimbangkan pelbagai pilihan untuk menyelesaikan masalah dan
membuat keputusan.
|
ARAS 1 (i)
Mengesan dan mengemukakan
penggunaan kata, ungkapan dan ayat untuk mengenal pasti kecondongan pendapat.
|
Objektif : Pada akhir pembelajaran, pelajar dapat
1.
Membezakan jenis kata hubung dengan tepat
2.
Menulis ayat majmuk daripada ayat tunggal dengan
menggunakan kata hubung.
Penyerapan :
1.
Ilmu :
Bahasa Melayu
2.
Nilai :
rasional, kebebasan
3.
KBT :Kemahiran
berfikir, kemahiran belajar cara belajar
4.
KBKK :
Menyelesaikan masalah, mengenal pasti
Kemahiran Berbahasa
:
kemahiran menulis, membaca
Pengetahuan / Kemahiran Sedia Ada :
Murid pernah membuat latihan jenis ini, iaitu menulis ayat majmuk daripada ayat
tunggal.
Alat Bantu Mengajar :
1. Kertas latihan
:
2. Kad manila ‘kata hubung’ yang bersaiz 68
:
3. Papan putih
: 4. Maker pen
FASA PENGAJARAN
|
PERANCAH/AKTIVIT
|
ABM/NILAI
|
Induksi Set (3 minit)
Kata hubung
|
|
ABM: papan putih
NILAI: prihatin
|
Fasa 1: Pengenalan
(16 minit)
contoh kata hubung
|
|
ABM: papan putih
NILAI: prihatin,
kerajinan, kerjasama
|
Fasa 2: Perbincangan
(5 minit)
Kertas latihan
-
Menulis ayat majmuk daripada ayat tunggal dengan
kata hubung yang sesuai.
|
|
ABM: papan putih, kertas
latihan
NILAI: kerajinan
|
Fasa 3: Latihan
(10 minit)
Kertas latihan
Contoh soalan:
S: Dia tidak pergi sekolah.
Dia sakit.
J: Dia tidak pergi sekolah kerana sakit.
|
|
ABM: papan putih
NILAI: kerajinan,
kerjasama.
|
Penutup
(3 minit)
Selain kata hubung, apakah kata yang selalu anda
gunakan?
|
|
NILAI: prihatin
|
2.4.4
Pengurusan Masa, dan
2.4.5 Guru
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
Mata Pelajaran: Bahasa
Melayu
Tarikh : 30 September 2015
Hari : Rabu
Masa : 2.20 petang -3.30 petang
Tingkatan : 2 Bestari
Bil Pelajar : 32 orang
Tema : Penulisan
Tajuk : Perayaan di Malaysia
Bidang : Interpersonal
HASIL PEMBELAJARAN
|
HURAIAN HASIL
PEMBELAJARAN
|
HPU
2.0 memberikan pendapat
yang bernas sebagai sumbangan dalam perbincangan.
HPK
2.1 Mencetuskan idea yang
bernas semasa memberikan pendapat dalam perbincangan
|
ARAS 1 (iii)
Memberikan pendapat
dengan mengemukakan contoh yang sesuai.
|
Objektif : Pada akhir pembelajaran, pelajar dapat
1.
Memahami 3 jenis perayaan utama di Malaysia melalui
video dan karangan yang diberi.
2.
Menulis sebuah karangan bertajuk ‘Kemeriahan satu
daripada sambutan hari perayaan di Malaysia’ yang lengkap.
Penyerapan :
1. Ilmu :
Bahasa Melayu, Sivik
2. Nilai :
bersyukur, hormat-menghormati
3.
KBT :Kemahiran
berfikir, kemahiran belajar cara belajar, kemahiran ICT
4.
KBKK :
Menyelesaikan masalah, mencungkil idea, mengimbas balik
Kemahiran Berbahasa
:
kemahiran menulis, mendengar, bertutur
Pengetahuan / Kemahiran Sedia Ada :
Murid memahami jenis perayaan yang disambut oleh pelbagai kaum di Malaysia.
Alat Bantu Mengajar :
1. Video
:
2. Power Point
:
3. Papan putih
:
4. Maker pen
FASA PENGAJARAN
|
PERANCAH/AKTIVIT
|
ABM/NILAI
|
Induksi Set (5 minit)
Video tentang perayaan utama di Malaysia
|
|
ABM: video
NILAI: prihatin
|
Fasa 1: Pengenalan
(5 minit)
Soalan
|
|
ABM: video
NILAI: prihatin,
keyakinan
|
Fasa 2: Perbincangan
(15 minit)
Tajuk Karangan
-kemeriahan sambutan hari
perayaan di Malaysia.
Isi penting
|
|
ABM: papan putih
NILAI: kerjasama,
keyakinan
|
Fasa 3: Perkembangan Pengajaran
(10 minit)
Pendahuluan
-penerangan salah satu hari perayaan
Isi
Penutup
-kebaikan perayaan
Teknik menulis
|
|
ABM: power point
NILAI: kerajinan, kerjasama.
|
Fasa 4: Latihan
(30 minit)
|
|
ABM: power point
NILAI: kerajinan
|
Penutup
(5 minit)
Soalan
|
|
NILAI: prihatin,
kerjasam
|
KESIMPULAN
Penulisan refleksi praktikum amat berguna untuk semua
guru. Guru dapat mengenal pasti masalah yang telah berlaku dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Guru juga boleh mengenal pasti kelemahan diri
dalam pengajaran dan cuba mengatasi masalah ini. Sekiranya, guru mengekalkan
penulisan refleksi maka guru juga mampun meningkatkan kemahiran mengajar ke
tahap yang lebih tinggi.
Bagi memastikan penulisan refleksi
dikekalkan, kursus seminar refleksi mesti dikekalkan juga. Hal ini dapat
melatihkan seorang guru yang berkemahiran dan mampu membetulkan kelemahan
sendiri. Selain itu, kementerian pendidikan juga perlu menggalakkan para guru
menulis refleksi yang lebih lengkap supaya masalah guru atau murid dapat
dikenal pasti. Hal ini dapat membantu guru mengubah teknik pengajaran dan
pembelajaran yang lebih sesuai untuk murid, dan akhirnya prestasi murid juga
boleh ditingkatkan.
Kesimpulannya, penulisan refleksi dapat melahirkan
insan yang berguna untuk masyarakat dan negara. Para guru haruslah mengekalkan
semangat menulis refleksi ini demi generasi muda yang akan datang.
BIBLIOGRAFI
Amir Awang. (1989). Teori-teori Pembelajaran. Petaling Jaya:
Pnenerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Haliza Hamzah, dan Joy nesamalar
Samuel. (2009). Pengurusan Bilik Darjah
dan Tingkah Laku. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Kamarudin
Husin, Abdullah Yusof, dan Mohd Ra’in Shaari, (2011). Pedagogi Bahasa: Amalan Bilik Darjah. Tanjung Malim: Emeritus
Publications
Kamus
Dewan Edisi Keempat. (2007). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Khalid Ismail, Ibrahim Tamby Chek,
dan Baharudin Omar. (2005). Pengurusan
Bilik Darjah dalam Konteks Pengajaran dan Pembelajaran Perakaunan. Petaling
Jaya: Prentice Hall, Pearson Malaysia Sdn. Bhd.
Mok Soon Sang. (1997). Pedagogi 1 Kurikulum dan Pengurusan Bilik
Darjah. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Peter Tarrant. (2013). Reflective Practice and Professional
Development. Londan: SAGE Publications Ltd.
Tang Chee Yee. (1988). Panduan Latihan Mengajar. Petaling Jaya:
Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.
S. Nasution. (1995). Didaktik Asas-asas Mengajar. Jakarta:
Bumi Aksara.
W.a. Dodd. (1979). Guru dengan tugasnya; untuk Maktab Perguruan.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Subscribe to:
Posts (Atom)