Monday, 28 March 2016

PENULISAN REFLEKSI PRATIKUM

BIODATA SEKOLAH

Nama                                       : Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Tasek
Alamat                                    : Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Tasek, Jalan Sultan Azlan Shah (U), Taman Tasek Indra, 31400, Ipoh, Perak.
Pengetua                                 : Tuan Haji Sabri b. Yahaya
Pen. Kanan 1                           : En. Mansor b. Mohd Amin
Pen. Kanan HEM                    : Pn. Hjh Latipah bt Ahmad Sudan
Pen. Kanan Ko-kurikulum      : En. Abd Rahman b. Ghazali
Guru Pembimbing                   : Cik Jazarulhiza bt Jaafar
Visi                                          : Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera
Misi                                       : Melestarikan Sistem Pendidikan yang Berkualiti untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara
Motto                                      : Berdisiplin•Dinamik•Cemerlang
No.Tel                                     : 05-5497606
No. Faks                                  : 05-5450058                                           
Emel                                        : vleadmin.aea2051@yes.my



1.0              PENGENALAN
1.1 Pendahuluan

Pedagogi dimaksudkan sebagai salah satu bidang ilmu pendidikan yang berkaitan dengan kajian secara saintifik atas prinsip-prinsip dan kaedah-kaedah mengajar, merangkumi proses pengajaran yang berkesan. Konsep kurikulum pula dimaksudkan sebagai semua pelajaran yang dirancangkan dan dibimbing oleh sekolah, sama ada dilaksanakan secara individu atau berkumpulan, baik di dalam ataupun di luar sekolah (Kerr J.K, 1968). Kurikulum juga dikenali sebagai segala rancangan yang dikendalikan oleh sesebuah sekolah ataupun sesbuah institusi pelajaran untuk mencapai matlamat pendidikan. Jenis-jenis kurikulum terdiri daripada kurikulum rasmi, kurikulum formal, kurikulum tidak formal, dan kurikulum pengalaman.

Refleksi ialah aktiviti mengkaji semula proses keberkesanan pengajaran yang telah dilakukan melalui renungan dengan tujuan mempertingkatkan kemahiran guru. Refleksi akan bermula dengan bisikan hati dan nyata rasa. Refleksi kendiri menitikberatkan penerokaan ‘domain affective’ (emosional mind) spiritual dan pemikiran seseorang dalam tindakannya mencari kebenaran terhadap ilmu yang dipelajari. Melalui refleksi, kita boleh mengetahui kelemahan dan kekuatan semasa pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, refleksi perlu ditulis di bahagian penutup rancangan pengajaran harian dalam buku persediaan mengajar selepas PdP dijalankan.

Dalam penulisan refleksi, kita menyatakan dan memikirkan semula keseluruhan pengajaran yang telah dilakukan, memastikan objektif pembelajaran telah capai, menilai kualiti pengajaran dan pembelajaran, dan sebagainya. Sekiranya terdapat penambaikan dalam pengajaran dan pembelajaran, guru perlulah merancang semula dan mengambil langkah yang sesuai untuk membaiki serta meningkatkan mutu PdP.

1.2 Latar Belakang
Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Tasek (SMKJT), Ipoh, Perak terletak di daerah Kinta Utara, Ipoh, Perak. Saya telah menjalani latihan mengajar selama 16 minggu bermula pada 6 Julai 2015 hingga 30 Oktober 2015 di sekolah ini. SMKJT merupakan sekolah bandar yang mempunyai kedudukan yang strategik dan berdekatan dengan pusat beli-belah. Selain itu, SMKJT juga berdekatan dengan SMK Bercham, SJK(C) Bercham, dan SMK Tasek Timur.

            SMKJT dibina untuk menampung keperluan penduduk sekitar kawasan Bercham dan mengurangkan kepenuhan pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Putera dan Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Intan. Pada tahun 1995, memandangkan Lebuh Raya Utara Selatan dan pusat membeli-belah seperti Jusco dan Tesco dibina, projek pembinaan sekolah ini terpaksa dipercepat. Perkembangan pesat ini memerlukan sekolah baharu untuk memudahkan para pelajar di kawasan sekitar Bercham berulang-alik ke sekolah yang dinyatakan kerana jarak yang agak jauh. SMKJT telah ditubuhkan pada 1 Disember 1995, dan sekarang mempunyai 123 orang guru, 15 orang staf sokongan dan 1458 orang pelajar.

            Pada 6 Julai 2015, saya telah melapor diri di SMK Jalan Tasek dengan Penolong Kanan Pentadbiran, Pn. Hjh Latipah bt Ahmad Sudan. Saya sempat menyaksikan perhimpunan pagi yang dijalankan setiap hari. Selepas melapor diri, taklimat mengenai SMKJT dan pengaturan jadual waktu pada pukul 8 pagi. Saya telah menerima jadual waktu dan mengajar sesi petang iaitu tingkatan 2. Saya terpaksa menunggu sehingga tengah hari untuk berjumpa dengan guru pembimbing saya untuk mengalihkan tugasan kepada saya.

            Pada 7 Julai 2015, saya pun memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran yang pertama. Saya telah mengetahui bahawa pelajar SMKJT tidak senakal seperti jangkaan saya. Saya berharap saya dapat menjalankan latihan mengajar dengan lancar dan menarik.

Selama 4 bulan saya berada di SMKJT, saya telah melalui pelbagai pengalaman dan pengajaran baharu sebagai seorang guru praktikum. Saya telah mencatat refleksi ringkas setiap kali selepas pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Hal ini telah membolehkan saya menilai semula pengajaran dan pembelajaran yang telah dijalankan. Di samping itu, penyeliaan pensyarah dan guru pembimbing telah membetulkan kesalahan saya semasa menjalankan aktiviti PdP. Tunjuk ajar dan nasihat yang diberi telah menjadikan saya lebih prihatin dan menambahbaikkan kelemahan atau kesalahan yang dilakukan. Berikut merupakan isu atau masalah yang dikenal pasti berlaku sepanjang masa praktikum.


2.0              REFLEKSI PRATIKUM
2.1       Bahagian 1 : Masalah
Berikut ialah lima masalah yang telah dikenal pasti selepas penelitian borang penyeliaan yang dinilai oleh penyelia dan guru pembimbing.
            2.1.1 Penggunaan Bahasa
Penyeliaan yang pertama telah dijalankan pada 4 Ogos 2015 dan diselia oleh guru pembimbing saya, Cik Jazarulhiza binti Jaafar. Penyeliaan ini telah dijalankan selepas waktu rehat, dan tingkatan yang diselia ialah tingkatan 2Amanah, tingkatan 2 yang hujung. Sesi PdP bermula dengan set induksi, selepas itu saya menampalkan bahan bantu mengajar (BBM) di papan putih dan menerangkan definisi kat hubung. Seterusnya, saya meminta murid mengkategorikan jenis-jenis kata hubung dengan BBM yang telah saya sediakan. Segala sesi pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar. Semasa sesi perbincangan dengan guru pembimbing, Cik Jazarulhiza menyedarkan saya bahawa saya mempunyai masalah dalam sebutan Bahasa Melayu, terutamanya sebutan huruf ‘l’dan ‘r’. Selain itu, saya telah menggunakan Bahasa Cina untuk membuat penerangan terhadap murid. Walaupun penyampaian dan komunikasi jelas, tetapi suara saya tidak cukup jelas. Hal ini membuktikan bahawa sebagai seorang guru Bahasa Melayu haruslah memberikan contoh penggunaan bahasa yang baik.
            2.1.2 Pengurusan Bilik Darjah
Penyelian yang pertama seperti yang telah dinyatakan di atas, Cik Jazarulhiza, guru pembimbing saya telah menyelia PdP saya. Waktu ini ialah kelas selepas waktu rehat, semua murid masih dalam keadaan rehat dan malas. Semasa PdP dijalankan, murid agak aktif dalam melakukan aktiviti. Dalam perbincangan dengan guru pembimbing selepas PdP dijalankan, guru pembimbing juga memberitahu saya bahawa pengurusan bilik darjah perlu ditingkatkan terutamanya mengawal pelajar yang membuat bising. Walaupun pelajar sudi melaksanakan tugasan yang diberi tetapi mereka tidak dapat melakukan tugasan dengan senyap. Hal ini telah jelas bahawa guru perlu lebih tegas dalam pengawalan pelajar.
            2.1.3 Bahan Bantu Mengajar
Dalam penyeliaan pertama yang dilakukan oleh guru pembimbing saya, Cik Jazarulhiza. Saya telah menyediakan bahan bantu mengajar untuk menarik perhatian murid. Saya telah mencetak kata hubung seperti ‘dan’, ‘atau’, ‘untuk’, dan sebagainya dalam kad manila. Saya berharap PdP akan berjalan dengan lancar dan murid akan tertarik dengan BBM yang disediakan. Semasa perbincangan dengan guru pembimbing, Cik Jazarulhiza menyedarkan saya bahawa BBM yang saya sediakan tidak jelas, serta pelajar di bahagian belakang tidak nampak. Selain itu, BBM saya juga gagal menarik fokus pelajar, pelajar masih dalam keadaan yang tidak bersedia. Walaupun BBM yang disediakan adalah berwarna-warni tetapi saiz perkataan tidak cukup besar dan menyebabkan pelajar yang duduk di belakang kelas tidak dapat membaca perkataan dengan jelas.
            2.1.4 Pengurusan Masa
Penyeliaan yang ketiga telah dijalankan pada 30 September 2015 dan diselia oleh guru pembimbing saya, Cik Jazarulhiza binti Jaafar. Penyeliaan ini telah dijalankan pada waktu ketiga, iaitu pada pukul 2.20 petang hingga 3.30 petang. Tingkatan 2B telah diselia dan tingkatan 2B ialah tingakatan 2 yang depan. Saya telah mengajar karangan tentang ‘Perayaan di Malaysia’. Saya telah menyediakan video sebagai set induksi untuk menarik perhatian pelajar. Selepas menerangkan tajuk karangan, saya meminta murid menyatakan isi-isi penting yang sesuai dengan tajuk yang diberi. Kemudian, saya meminta murid menulis karangan dalam masa 30 minit. Saya pula memantau dan membimbing pelajar supaya mereka dapat menulis karangan dengan sebaik mungkin. Sebelum bunyi loceng berbunyi, saya terpandang ke jam dan mendapati saya tinggal 2 minit sahaja untuk membuat penutup. Guru pembimbing saya juga meminta saya membuat penutup yang terakhir, tetapi masih tiada masa yang mencukupi untuk menyiapkan penutup saya. Hal ini telah membuktikan bahawa walaupun PdP dirancang dengan sempurna dan berjalan dengan lancar, tetapi tidak menetapi masa akan menyebabkan ketinggalan aktiviti yang patut diselesaikan.
2.1.5 Guru
Peyeliaan pertama yang dijalankan pada 4 Ogos 2015, dan diselia oleh guru pembimbing saya, Cik Jazarulhiza. Tingkatan 2A diselia dan kelas ini kelas yang paling nakal dan suka bercakap. Dalam PdP, segala bermula dengan lancar, pelajar juga sudi menyelesaikan tugasan yang diberi. Selepas penerangan tentang kata hubung, saya meminta menyiapkan latihan yang diberi. Semasa perbincangan jawapan, say juga berusaha memastikan semua pelajar mendapat jawapan yang betul. Akhirnya, kelas ditamatkan dengan sempurna. Cik Jazarulhiza telah memberi komen bahawa saya tidak memastikan pelajar telah bersedia untuk belajar. Semasa perbincangan jawapan, saya tidak melibatkan semua pelajar dan tidak memastikan pelajar dalam keadaan yang bersedia.  Selain itu, saya juga memulakan PdP apabila pelajar dalam keadaan yang tidak bersedia. Hal ini menyebabkan murid tidak memberi perhatian semasa PdP dijalankan.
2.2       Bahagian 2 : Punca
            2.2.1 Guru tidak menguasai sebutan Bahasa Melayu
Penggunaan bahasa yang jelas dan tepat sangat penting bagi seorang guru. Masalah penggunaan bahasa berlaku kerana saya masih tidak menguasai sebutan Bahasa Melayu. Saya tidak selalu praktis diri untuk bercakap dalam Bahasa Melayu supaya sebutan lebih tepat dan jelas. Tambahan pula, saya berbangsa Cina dan menggunakan Bahasa Madarin sebagai bahasa pengantar. Saya tidak membiasakan diri dalam penggunaan Bahasa Melayu. Selain itu, saya telah menggunakan Bahasa Cina untuk menerangkan maksud kepada pelajar yang bukan Melayu. Hal ini kerana pelajar tingkatan 2A tidak menguasai Bahasa Melayu sama ada membaca, mendengar, dan menulis. Saya terpaksa menggunakan Bahasa Cina untuk berkomunikasi dengan mereka supaya mereka boleh memahami PdP yang dijalankan dan tidak ketinggalan pelajaran. Kadang-kala, pelajar langsung tidak dapat meneruskan latihan yang diberi kerana tidak mengetahui arahan latihan.
            2.2.2 Guru tidak mahir mengawal pelajar.
Pengurusan bilik darjah ialah proses yang memerlukan guru mengurus bilik darjah agar aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dapat dijalankan. Pengurusan bilik darjah yang berkesan melibatkan ciri-ciri seorang guru, iklim bilik darjah dan kaitan antara pengurusan dan pengajaran (Khalid Ismail, Ibrahim Tamby Chek dan Baharudin Omar, 2005: 2). Faktor pertama pengurusan bilik darjah berlaku biasanya disebabkan tingkah laku pelajar yang bermasalah seperti nakal dan suka bercakap. Mereka boleh bercakap dari saat sampai ke sekolah sehingga saat keluar dari sekolah. Perbualan mereka tidak semestinya mengenai perkara yang sedang dipelajari. Faktor kedua ialah saya masih tidak cukup tegas terhadap mereka, mereka baru berani membuat perangai di depan saya. Saya gagal mengawal mereka supaya mereka tidak bercakap dan mendengar PdP yanhg dijalankan.
            2.2.3 Guru menghasilkan BBM yang tidak sesuai untuk PdP  
Bahan bantu mengajar merupakan bahan mestian digunakan dalam PdP, guru menyediakan BBM biasanya untuk menarik perhatian dan fokus pelajar. Kekurangan pengalaman untuk menghasilkan BBM juga menyebabkan BBM tidak membawa kesan yang positif. Faktor pertama BBM gagal digunakan ialah saiz perkataan terlalu kecil, menyebabkan pelajar bahagian belakang tidak dapat membaca. Saya perlulah meneliti perkara ini dulu sebelum mencetak BBM yang berkenaan. Faktor kedua ialah warna kertas yang digunakan, bukan semua warna sesuai digunakan. Contohnya, warna yang gelap seperti biru tua akan menyebabkan perkataan yang ditulis atau ditampal atasnya agak sukar dibaca.
            2.2.4 Guru tidak mengikut masa yang dijangka
Pengurusan masa yang baik boleh memastikan PdP berjalan dengan lancar. Penggunaan masa dan perancangan masa dengan berkesan penting untuk mencapai matlamat pengurusan bilik darjah (Haliza Hamzah, dan Joy Nesamalar Samuel, 2009: 204). Disebabkan saya tidak memerhati masa dari semasa ke semasa, saya terlepas masa untuk membuat penutup. Bahagian penutup PdP hanya sempat sedikit sahaja semasa penyeliaan ketiga. Hal ini berlaku kerana saya tengah sibuk memantau dan membimbing murid semasa menulis karangan. Saya ingat bahawa saya sempat membuat penutup dengan lancar sebelum loceng berbunyi, tetapi saya gagal menyelesaikannya. Kadang-kala, bukan semua perkara akan berjalan seperti yang dirancang, pelajar juga memerlukan masa untuk memahami pembelajaran yang baharu dulu, kemudian mereka baru boleh meneruskan latihan yang diberi. Selain itu, saya juga perlu menerangkan teknik penulisan semula untuk mengimbas kembali ingatan pelajar. Hal ini membuktikan bahawa walaupun tidak dapat menepati masa yang dijangka, tetapi mesti sentiasa memerhati masa dan cuba masuk fasa yang seterusnya.
            2.2.5 Guru tidak memastikan pelajar dalam keadaan bersedia
Masalah guru ini sangat umum dan boleh merangkumi banyak bahagian. Saya telah mengenal pasti bahawa saya tidak memastikan pelajar bersedia untuk belajar dan terus masuk PdP. Hal ini telah menyebabkan pelajar tidak prihatin dan fokus terhadap PdP yang dijalankan. Faktor pertama saya gagal memastikan pelajar berada dalam keadaan bersedia ialah pelajar tidak berhenti bercakap. Walaupun saya meminta mereka jangan bercakap dan mendengar kawan-kawan lain membaca, mereka akan senyap satu atau 2 minit dan teruskan percakapan. Faktor kedua ialah saya tidak memantau setiap murid sudah menyiapkan latihan yangdiberi dan bersedia untuk perbincangan jawapan. Apabila murid belum menyiapkan latihan, mereka akan meneruskan latihan mereka dan tidak mendengar jawapan yang dibincang. Kadang-kala, mereka akan bertanya-tanya jawapan soalan yang lain atau ketinggalan jawapan untuk soalan yang sebelumnya. Hal ini perlu dititikberatkan supaya pelajar betul-betul mengikut PdP yang dijalankan.
2.3       Bahagian 3 : Penambahbaikan
            2.3.1 Guru menguasai sebutan Bahasa Melayu yang tepat
Saya perlu berusaha untuk membaiki dan membetulkan sebutan Bahasa Melayu saya. Hal ini hanya boleh bergantung kepada diri sendiri sahaja. Sebelum PdP, saya perlu melatih diri membaca bahan-bahan yang perlu ajar. Semasa PdP, sekiranya saya mendapati pelajar tidak faham perkataan yang saya sebutkan, saya akan mengulang sekali sambil menulis perkataan tersebut di papan putih. Selain itu, suara saya yang tidak jelas, saya akan meninggikan suara saya supaya pelajar bahagian belakang dapat dengar. Bagi faktor pelajar bukan Melayu yang tidak menguasai Bahasa Melayu, saya akan cuba menerangkan dalam Bahasa Melayu yang mudah difahami untuk meningkatkan kemahiran mendengar pelajar.
            2.3.2 Guru menyemak semula cara pengajaran untuk mengawal pelajar
Bukan semua strategi sesuai digunakan pada kelas yang berbeza. Saya haruslah menyemak semula cara pengajaran, dan mengubah cara pengajaran yang lebih sesuai dengan pelajar tingkatan 2A. Contohnya, sebelum ini saya akan memberi kad ‘kata hubung’ kepada mereka untuk melekat di papan putih. Hal ini telah menyebabkan mereka membuat bising semasa menunggu kawan lain melekat. Bagi mengelakkan pelajar daripada membuat bising, saya akan melekat siap-siap maklumat atau penerangan yang berkaitan dengan kata hubung di papan putih. Saya akan meminta pelajar menyalin nota yang diberi, dan akan menerangkannya selepas mereka selesai menyalin. Hal ini boleh mengelakkan murid tiada peluang berbising, dan saya juga berpeluang memantau dan bergerak ke belakang kelas. Oleh itu, saya perlu mengetahui dan mengenali pelajar sebelum saya memilih strategi pengajaran yang sesuai untuk aktiviti PdP.
            2.3.3 Guru membetulkan BBM dengan lebih berkualiti
Bahan bantu mengajar ialah bahan yang digunakan dalam aktiviti PdP. BBM dapat memudahkan pelajar memahami perkara yang diajarkan. BBM yang baik ialah BBM yang mudah, jelas difahami oleh pelajar. BBM juga dapat membantu pelajar fokus dan memberi perhatian terhadap maksud yang terdapat dalamnya.  Saya haruslah mengkaji dan meneliti saiz perkataan sebelum menyediakan bahan bantu mengajar. Contohnya, saya akan mencetak satu sampel perkataan dan cuba lekat di dinding, kemudian saya akan cuba membaca perkataan tersebut di jarak yang lebih jauh. Selain itu, saya juga perlu mengenal pasti sumber dan bahan yang diperlukan untuk menghasilkan BBM.  Sebelum menghasilkan BBM, saya juga perlu menyemak semula perancangan yang perlu dilakukan. Hal ini dapat memastikan objektif PdP tercapai dan maklumat disampaikan dengan berkesan.
            2.3.4 Guru menghabiskan pengajaran dalam masa yang dijangka.
Pengurusan masa ialah satu kemampuan sesorang untuk merancang dan mengawal penngunaan masa dengan cekap untuk mencapai matlamat yang tertentu. Pengurusan masa dan perancangan masa dengan berkesan penting untuk mencapai matlamat pengurusan bilik darjah. Pengurusan masa yang baik diperlukan supaya murid dapat memproses maklumat yang telah dipelajari. Tambahan lagi, pengurusan masa yang berkesan ialah menggunakan masa dengan sepenuhnya tanpa membazirkan masa dengan melakukan aktiviti yang bermanfaat supaya matlamat tercapai. Contohnya, saya menggunakan 30 minit membuat penerangan, dan memberi 20 minit untuk membuat latihan. Dalam 20 minit ini, pelajar dapat memproses penerangan dan mengimbas kembali serta memproses ke ingatan jangka pendek. Selain itu, saya juga perlu memerhati jam dinding di dalam kelas atau jam tangan untuk mengelakkan diri daripada tidak sempat membuat penutup PdP atau ketinggalan fasa-fasa pengajaran.
            2.3.5 Guru memastikan pelajar bersedia
Dalam bilik darjah, guru memainkan peranan yang penting untuk memastikan pelajar telah bersedia untuk belajar. Setiap aktiviti PdP mempunyai peraturan, dan guru hanya memberikan kesedaran kepada pelajar supaya mereka melibatkan diri dalam aktivit PdP. Sebelum memulakan aktiviti, guru perlu menerangkan peraturan kepada pelajar supaya pelajar mengetahui kepentingan melibatkan diri dalam aktiviti tersebut. Guru juga perlu prihatin dengan masalah dan keperibadian pelajar. Penglibatan pelajar yang kurang memuaskan boleh mengakibatkan peluang pembelajaran mereka terjejas. Mereka akan ketinggalan dan tidak dapat mengikuti PdP.

2.4       Bahagian 4 : Perancangan Semula
            2.4.1 Penggunaan Bahasa
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
Mata Pelajaran: Bahasa Melayu
Tarikh              : 7 September 2015
Hari                 : Isnin
Masa                : 2.20 petang -3.30 petang
Tingkatan        : 2 Bestari
Bil Pelajar        : 32 orang
Tema               : Penulisan
Tajuk               : Karangan Jenis Peribahasa ‘Sebab nila setitil, rosak susu sebelanga’
Bidang            : Estetik
HASIL PEMBELAJARAN
HURAIAN HASIL PEMBELAJARAN
HPU
12.0 Menghasilkan penulisan kreatif dan bukan kreatif
HPK
12.3 Membina ayat topik dan ayat huraian untuk membina perenggan yang kohesif.
ARAS 2 (i)
Mengolah ayat berdasarkan isi penting untuk menghasilkan perenggan dialog dan cerita yang koheren.

Objektif               : Pada akhir pembelajaran, pelajar dapat
1.      Memahami maksud peribahasa yang dipelajari dan menggunakannya dengan betul.
2.      Menulis sebuah karangan jenis peribahasa dengan menggunakan peribahasa yang telah dipelajari dengan tepat.


Penyerapan :
1.      Ilmu                                               : Bahasa Melayu, Moral
2.      Nilai                                              : baik hati, hormat-menghormati
3.      KBT                                              :Kemahiran berfikir, pembelajaran konstruktivisme
4.      KBKK                                          : Menyelesaikan masalah, mencungkil idea


Kemahiran Berbahasa                                    : kemahiran menulis, mendengar
Pengetahuan / Kemahiran Sedia Ada            : Murid telah dipelajari teknik menulis karangan jenis peribahasa
Alat Bantu Mengajar                                      : 1. Air kosong, air berwarna
                                                                        : 2. Cawan
                                                                        : 3. Papan putih
                                                                        : 4. Maker pen
FASA PENGAJARAN
PERANCAH/AKTIVIT
ABM/NILAI
Induksi Set (10 minit)
Demonstrasi
  1. Sediakan 1 cawan air kosong
  2. Satu cawan air berwarna
  3. Tuang sedikit air berwarna ke dalam air kosong
  4. Meminta murid teka peribahasa yang berkaitan
  1. Guru memulakan pengajaran.
  2. Guru membuat demonstrasi di depan murid.
  3. Guru menyoal murid mengenai peribahasa yang berkaitan.
  4. Untuk memastikan murid faham maksud guru, guru mengulangkan arahan tersebut.
  5. Murid menyatakan peribahasa yang berkenaan.
ABM: cawan, air kosong, air berwarna, papan putih.
KBT: kemahiran berfikir
NILAI: prihatin
Fasa 1: Pengenalan
(15 minit)
Peribahasa- sebab nila setitik, rosak susu sebelanga
Maksud- kejahatan yang sedikit, semua kebaikan menjadi rosak.
  1. Guru menulis peribahasa yang berkenaan di papan putih.
  2. Guru menerangkan maksud peribahasa dengan sebutan yang tepat.
  3. Guru meminta murid menulis karangan jenis peribahasa.
  4. Guru memberi contoh cerita yang berkaitan dengan peribahasa.
  5. Murid dikehendaki mencatat maksud peribahasa di buku latihan.
ABM: papan putih
NILAI: prihatin, kerajinan
Fasa 2: Persembahan
(20 minit)
Contoh cerita-kesalahan seorang pelajar menagih dadah, nama sekolah, keluarga, dan kawan tercemar.

  1. Guru menyediakan kerangka karangan kepada murid yang tidak dapat menulis.
  2. Guru memantau dan membimbing murid.
  3. Murid dikehendaki menulis karanga jenis peribahasa dalam 2 waktu
ABM: papan putih
NILAI: kerajinan
Fasa 3: Latihan
(15 minit)
Soalan
  1. Pernahkah anda menemui orang yang bersikap seperti peribahasa ini?
  2. Apakah yang telah orang tersebut lakukan menyebabkan anda mengetahui perangainya?
  1. Murid boleh berbincang dengan kawan.
  2. Guru memberi bantuan kepada murid.
  3. Guru bertanya murid pengalaman atau pengajaran yang pernah dialami dan berkaitan dengan peribahasa tersebut.
  4. Murid diminta untuk berkongsi pengalaman mereka.
ABM: papan putih
NILAI: kerajinan, kerjasama.
Fasa 4: Penilaian
(5      minit)

  1. Guru menilai karangan murid yang telah disiapkan.
  2. Bagi memastikan semua murid dapat dengar, guru memastikan suaranya cukup tinggi dan jelas.
  3. Murid dikehendaki menghantar karangan.
  4. Murid dikehendaki berbincang dengan guru untuk penambahbaikan dalam karangan.
ABM: papan putih
NILAI: keyakinan, keberanian
Penutup
 (5 minit)
  1. Apakah peribahasa yang kita pelajari hari ini?
  2. Apakah maksud peribahasa tersebut?
  3. Apakah peribahasa yang semaksud  dengan peribahasa tersebut?
-          Seekor kerbau membawa lumpur semuanya habis terpalit
  1. Guru menyoal murid maksud peribahasa yang dipelajari.
  2. Murid dikehandaki menjawab soalan guru.
  3. Guru meminta murid menyatakan peribahsa lain yang semaksud peribahasa tersebut.
  4. Guru merumuskan isi pelajaran.
NILAI: semangat kemasyarakatan, kesyukuran


            2.4.2 Pengurusan Bilik Darjah
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
Mata Pelajaran: Bahasa Melayu
Tarikh              : 4 Ogos 2015
Hari                 : Selasa
Masa                : 3.50 petang -4.25 petang (35 minit)
Tingkatan        : 2 Amanah
Bil Pelajar        : 32 orang
Tema               : Tatabahasa - Morfologi
Tajuk               : Kata Hubung
Bidang            : Interpersonal
HASIL PEMBELAJARAN
HURAIAN HASIL PEMBELAJARAN
HPU
4.0 Membuat pertimbangan untuk mencapai keputusan
HPK
4.1 Mengesan kecondongan pendapat dan menimbangkan pelbagai pilihan untuk menyelesaikan masalah dan membuat keputusan.
ARAS 1 (i)
Mengesan dan mengemukakan penggunaan kata, ungkapan dan ayat untuk mengenal pasti kecondongan pendapat.

Objektif               : Pada akhir pembelajaran, pelajar dapat
1.      Membezakan jenis kata hubung dengan tepat
2.      Menulis ayat majmuk daripada ayat tunggal dengan menggunakan kata hubung.
Penyerapan :
1.      Ilmu                                               : Bahasa Melayu
2.      Nilai                                              : rasional, kebebasan
3.      KBT                                              :Kemahiran berfikir, kemahiran belajar cara belajar
4.      KBKK                                          : Menyelesaikan masalah, mengenal pasti
Kemahiran Berbahasa                                    : kemahiran menulis, membaca
Pengetahuan / Kemahiran Sedia Ada            : Murid pernah membuat latihan jenis ini, iaitu menulis ayat majmuk daripada ayat tunggal.
Alat Bantu Mengajar                                      : 1. Kertas latihan
                                                                        : 2. Kad manila ‘kata hubung’
                                                                        : 3. Papan putih
                                                                        : 4. Maker pen
                                                                      
FASA PENGAJARAN
PERANCAH/AKTIVIT
ABM/NILAI
Induksi Set (3 minit)
Kata hubung
  1. Kata hubung gabungan
  2. Kata hubung pancangan relatif
  3. Kata hubung pancangan komplemen
  4. Kata hubung pancangan keterangan
  1. Guru memulakan pengajaran.
  2. Guru memberitahu murid isi pelajaran ialah tatabahasa (kata hubung).
  3. Guru mengemukakan satu contoh ayat.
  4. Guru meminta murid mencari kata hubung yang terdapat di ayat tersebut.
ABM: papan putih
NILAI: prihatin
Fasa 1: Pengenalan
(15  minit)
 contoh kata hubung
1.      dan
2.      yang
3.      atau
4.      bahawa
5.      kerana
6.      untuk

  1. Guru melekatkan kad manila ‘kata hubung’ dan ‘jenis kata hubung’ di papan putih.
  2. Guru menerangkan maksud kata hubung dan jenis kata hubung.
  3. Murid dikehendaki mendengar betul-betul dan tidak boleh bercakap.
  4. Bagi mengelakkan murid berbising semasa menjalankan aktiviti, guru akan melekatkan kata hubung satu demi satu.
  5. Murid dikehendaki memilih jenis kata hubung mengikut giliran.
  6. Murid yang belum samapi giliran tidak boleh mengacau dan menganggu kawan lain.
ABM: papan putih
NILAI: prihatin, kerajinan, kerjasama
Fasa 2: Perbincangan
(5 minit)
Kertas latihan
-          Menulis ayat majmuk daripada ayat tunggal dengan kata hubung yang sesuai.
  1. Guru memberi masa kepada murid untuk mencatat penerangan tadi.
  2. Bagi memastikan murid menyalin dan tidak bercakap, guru memantau murid sehingga murid habis menyalin.
  3. Guru mengedarkan kertas latihan kepada murid.
ABM: papan putih, kertas latihan
NILAI: kerajinan
Fasa 3: Latihan
(10 minit)
Kertas latihan
Contoh soalan:
S: Dia tidak pergi sekolah.
Dia sakit.
J: Dia tidak pergi sekolah kerana sakit.
  1. Murid dikehendaki menyiapkan latihan yang diberi.
  2. Murid boleh berbincang dengan kawan tetapi dengan syarat, merendahkan suara.
  3. Guru membimbing murid untuk mendapat jawapan yang tepat.
ABM: papan putih
NILAI: kerajinan, kerjasama.
Penutup
(2      minit)
Selain kata hubung, apakah kata yang selalu anda gunakan?
  1. Murid dikehendaki menyiapkan latihan yang selebihnya sebagai kerja rumah.
  2. Guru menyoal murid tentang kata lain selain kata hubung.
  3. Guru merumuskan isi pelajaran dan memberitahu murid pengajaran akan datang ialah penulisan ulasan.
NILAI: prihatin
          
2.4.3 Bahan Bantu Mengajar
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
Mata Pelajaran: Bahasa Melayu
Tarikh              : 4 Ogos 2015
Hari                 : Selasa
Masa                : 3.50 petang - 4.25 petang (35 minit)
Tingkatan        : 2 Amanah
Bil Pelajar        : 32 orang
Tema               : Tatabahasa - Morfologi
Tajuk               : Kata Hubung
Bidang            : Interpersonal
HASIL PEMBELAJARAN
HURAIAN HASIL PEMBELAJARAN
HPU
4.0 Membuat pertimbangan untuk mencapai keputusan
HPK
4.1 Mengesan kecondongan pendapat dan menimbangkan pelbagai pilihan untuk menyelesaikan masalah dan membuat keputusan.
ARAS 1 (i)
Mengesan dan mengemukakan penggunaan kata, ungkapan dan ayat untuk mengenal pasti kecondongan pendapat.

Objektif               : Pada akhir pembelajaran, pelajar dapat
1.      Membezakan jenis kata hubung dengan tepat
2.      Menulis ayat majmuk daripada ayat tunggal dengan menggunakan kata hubung.
Penyerapan :
1.      Ilmu                                               : Bahasa Melayu
2.      Nilai                                              : rasional, kebebasan
3.      KBT                                              :Kemahiran berfikir, kemahiran belajar cara belajar
4.      KBKK                                          : Menyelesaikan masalah, mengenal pasti

Kemahiran Berbahasa                                    : kemahiran menulis, membaca
Pengetahuan / Kemahiran Sedia Ada            : Murid pernah membuat latihan jenis ini, iaitu menulis ayat majmuk daripada ayat tunggal.
Alat Bantu Mengajar                                      : 1. Kertas latihan
                                                                        : 2. Kad manila ‘kata hubung’ yang bersaiz 68
                                                                        : 3. Papan putih
                                                                        : 4. Maker pen
                                                                      
FASA PENGAJARAN
PERANCAH/AKTIVIT
ABM/NILAI
Induksi Set (3 minit)
Kata hubung
  1. Kata hubung gabungan
  2. Kata hubung pancangan relatif
  3. Kata hubung pancangan komplemen
  4. Kata hubung pancangan keterangan
  1. Guru memulakan pengajaran.
  2. Guru memberitahu murid isi pelajaran ialah tatabahasa (kata hubung).
  3. Guru mengemukakan satu contoh ayat.
  4. Guru meminta murid mencari kata hubung yang terdapat di ayat tersebut.
ABM: papan putih
NILAI: prihatin
Fasa 1: Pengenalan
(16  minit)
 contoh kata hubung
  1. dan
  2. yang
  3. atau
  4. bahawa
  5. kerana
  6. untuk

  1. Guru memastikan BBM yang disediakan boleh dibaca oleh murid bahagian belakang.
  2. Guru mengedarkan ‘kata hubung’ kepada murid.
  3. Murid dikehendaki mengenal pasti jenis atau kategori kata hubung yang didapat.
  4. Murid diminta untuk melekatkan kata hubung di kategori atau jenisnya dengan betul.

ABM: papan putih
NILAI: prihatin, kerajinan, kerjasama
Fasa 2: Perbincangan
(5 minit)
Kertas latihan
-          Menulis ayat majmuk daripada ayat tunggal dengan kata hubung yang sesuai.
  1. Guru menyemak sama ada murid melekatkan kata hubung dalam jenis yang betul atau tidak.
  2. Murid dikehendaki mencatat nota yang ada di papan putih dengan senyap.
  3. Guru mengedarkan kertas latihan kepada murid.
ABM: papan putih, kertas latihan
NILAI: kerajinan
Fasa 3: Latihan
(10 minit)
Kertas latihan
Contoh soalan:
S: Dia tidak pergi sekolah.
Dia sakit.
J: Dia tidak pergi sekolah kerana sakit.
  1. Murid dikehendaki menyiapkan latihan yang diberi.
  2. Murid boleh berbincang dengan kawan tetapi dengan syarat, merendahkan suara.
  3. Guru membimbing murid untuk mendapat jawapan yang tepat.
ABM: papan putih
NILAI: kerajinan, kerjasama.
Penutup
(3      minit)
Selain kata hubung, apakah kata yang selalu anda gunakan?
  1. Murid dikehendaki menyiapkan latihan yang selebihnya sebagai kerja rumah.
  2. Guru menyoal murid tentang kata lain selain kata hubung.
  3. Guru merumuskan isi pelajaran dan memberitahu murid pengajaran akan datang ialah penulisan ulasan.
NILAI: prihatin

2.4.4 Pengurusan Masa, dan
2.4.5 Guru
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
Mata Pelajaran: Bahasa Melayu
Tarikh              : 30 September 2015
Hari                 : Rabu
Masa                : 2.20 petang -3.30 petang
Tingkatan        : 2 Bestari
Bil Pelajar        : 32 orang
Tema               : Penulisan
Tajuk               : Perayaan di Malaysia
Bidang            : Interpersonal
HASIL PEMBELAJARAN
HURAIAN HASIL PEMBELAJARAN
HPU
2.0 memberikan pendapat yang bernas sebagai sumbangan dalam perbincangan.
HPK
2.1 Mencetuskan idea yang bernas semasa memberikan pendapat dalam perbincangan
ARAS 1 (iii)
Memberikan pendapat dengan mengemukakan contoh yang sesuai.

Objektif               : Pada akhir pembelajaran, pelajar dapat
1.      Memahami 3 jenis perayaan utama di Malaysia melalui video dan karangan yang diberi.
2.      Menulis sebuah karangan bertajuk ‘Kemeriahan satu daripada sambutan hari perayaan di Malaysia’ yang lengkap.
Penyerapan :
1.      Ilmu                                               : Bahasa Melayu, Sivik
2.      Nilai                                              : bersyukur, hormat-menghormati
3.      KBT                                              :Kemahiran berfikir, kemahiran belajar cara belajar, kemahiran ICT
4.      KBKK                                          : Menyelesaikan masalah, mencungkil idea, mengimbas balik

Kemahiran Berbahasa                                    : kemahiran menulis, mendengar, bertutur
Pengetahuan / Kemahiran Sedia Ada            : Murid memahami jenis perayaan yang disambut oleh pelbagai kaum di Malaysia.
Alat Bantu Mengajar                                      : 1. Video
                                                                        : 2. Power  Point
                                                                        : 3. Papan putih
                                                                        : 4. Maker pen
                                                                      
FASA PENGAJARAN
PERANCAH/AKTIVIT
ABM/NILAI
Induksi Set (5 minit)
Video tentang perayaan utama di Malaysia
  1. Guru memulakan pengajaran dengan menunjukkan video.
  2. Murid diminta menonton video tersebut dengan terperinci.
ABM: video
NILAI: prihatin
Fasa 1: Pengenalan
(5 minit)
Soalan
  1. Video itu mengenai apa?
  2. Apakah perayaan utama di Malaysia?
  1. Guru menyoal murid mengenai video yang ditayangkan.
  2. Murid dikehendaki menjawab soalan guru.
  3. Guru menyatakan isi pelajaran, iaitu penulisan karangan.
ABM: video
NILAI: prihatin, keyakinan
Fasa 2: Perbincangan
(15 minit)
Tajuk Karangan
-kemeriahan sambutan hari perayaan di Malaysia.
Isi penting
  1. pakaian
  2. makanan
  3. amalan
  4. hiasan
  1. Guru menerangkan tajuk penulisan karangan selepas memastikan murid sudah bersedia.
  2. Guru meminta murid menyatakan kemeriahan atau keistimewaan sambutan hari perayaan.
  3. Murid dikehendaki mencatat isi-isi yang dibincang.
  4. Guru menulis isi penting di papan putih.
ABM: papan putih
NILAI: kerjasama, keyakinan
Fasa 3: Perkembangan Pengajaran
(10 minit)
Pendahuluan
-penerangan salah satu hari perayaan
Isi
  1. pakaian
  2. makanan
  3. amalan
  4. hiasan
Penutup
-kebaikan perayaan
Teknik menulis
  1. ayat topik
  2. ayat huraian
  3. ayat contoh
  4. ayat rumus
  1. Sebelum guru menerangkan butiran atau isi penting, guru perlu memastikan muris sudah bersedia untuk mencatatkannya.
  2. Murid diminta menyiapkan karangan.
  3. Guru menunjukkan gambar mengenai perayaan utama di Malaysia.
  4. Murid boleh menulis karangan berdasarkan gambar yang ditunjukkan.
  5. Guru menerangkan semula teknik menulis perenggan untuk mengingatkan semula murid.
ABM: power point
NILAI: kerajinan, kerjasama.
Fasa 4: Latihan
(30  minit)

  1. Murid diminta menulis karangan dalam 30 minit.
  2. Guru memantau dan membimbing murid.
  3. Murid boleh berbincang dengan kawan tetapi tidak boleh berbising.
ABM: power point
NILAI: kerajinan
Penutup
(5      minit)
Soalan
  1. Selain tiga perayaan utama ini, terdapat perayaan apa lagi di Malaysia?
  2. Adakah anda menyambut perayaan tersebut? (selain perayaan utama)
  1. Guru perlu masuk penutup  apabila masa untuk fasa keempat sudah tamat.
  2. Guru menyoal murid tentang tujuan pengajaran pada hari ini.
  3. Murid diminta menjawab soalan guru dan memilih seorang kawan serta menyoal kawan tersebut.
  4. Guru menanya murid sama ada mempunyai soalan atau tidak.
  5. Murid merumuskan isi pelajaran.
NILAI: prihatin, kerjasam

KESIMPULAN

Penulisan refleksi praktikum amat berguna untuk semua guru. Guru dapat mengenal pasti masalah yang telah berlaku dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Guru juga boleh mengenal pasti kelemahan diri dalam pengajaran dan cuba mengatasi masalah ini. Sekiranya, guru mengekalkan penulisan refleksi maka guru juga mampun meningkatkan kemahiran mengajar ke tahap yang lebih tinggi.

Bagi memastikan penulisan refleksi dikekalkan, kursus seminar refleksi mesti dikekalkan juga. Hal ini dapat melatihkan seorang guru yang berkemahiran dan mampu membetulkan kelemahan sendiri. Selain itu, kementerian pendidikan juga perlu menggalakkan para guru menulis refleksi yang lebih lengkap supaya masalah guru atau murid dapat dikenal pasti. Hal ini dapat membantu guru mengubah teknik pengajaran dan pembelajaran yang lebih sesuai untuk murid, dan akhirnya prestasi murid juga boleh ditingkatkan.

Kesimpulannya, penulisan refleksi dapat melahirkan insan yang berguna untuk masyarakat dan negara. Para guru haruslah mengekalkan semangat menulis refleksi ini demi generasi muda yang akan datang.

BIBLIOGRAFI
Amir Awang. (1989). Teori-teori Pembelajaran. Petaling Jaya: Pnenerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Haliza Hamzah, dan Joy nesamalar Samuel. (2009). Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Kamarudin Husin, Abdullah Yusof, dan Mohd Ra’in Shaari, (2011). Pedagogi Bahasa: Amalan Bilik Darjah. Tanjung Malim: Emeritus Publications
Kamus Dewan Edisi Keempat. (2007). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Khalid Ismail, Ibrahim Tamby Chek, dan Baharudin Omar. (2005). Pengurusan Bilik Darjah dalam Konteks Pengajaran dan Pembelajaran Perakaunan. Petaling Jaya: Prentice Hall, Pearson Malaysia Sdn. Bhd.

Mok Soon Sang. (1997). Pedagogi 1 Kurikulum dan Pengurusan Bilik Darjah. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Peter Tarrant. (2013). Reflective Practice and Professional Development. Londan: SAGE Publications Ltd.

Tang Chee Yee. (1988). Panduan Latihan Mengajar. Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

S. Nasution. (1995). Didaktik Asas-asas Mengajar. Jakarta: Bumi Aksara.

W.a. Dodd. (1979). Guru dengan tugasnya; untuk Maktab Perguruan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.





No comments:

Post a Comment